Tuesday, 18 December 2012

SEKINCHAN,PENANG,PAHANG

Assalamualaikum  :)

aku memang malas nak update blog.malas tahap entah apa apa.so 2 minggu kebelakangan ni aku balik kampung,pergi Penang,pergi Pahang,Perak and Kedah.tu je.sekarang duduk rumah je lah tengok oggy and the cockroaches.sebab selalunya bangun tidur on tv,memang cerita tu yang keluar.lepastu kadang kadang tengok ulangan awan dania.yelah dulu masa kecik kecik teringin nak jadi stewardess.kengkonon kira dah best gila ah dapat pakai skirt merah pastu berkeliaran kat airport.maklumlah budak kecik.sekarang aku nak jadi business women yang berjaya! ok.cukup sampai di sini saja ke-merepek-an kita.

ok,ni masa dekat kampung.Sekinchan,Selangor.


shhhhhh.tak payah cakap.aku tau aku memang berbakat jadi photographer.hohoho.ini suasana pagi.sawah padi ni sebelah rumah nenek aku je.

eh,sekarang memang musim durian dengan rambutan.durian memang banyak gila wa cakap sama lu.tak termakan.masa kat rumah pengantin kat pahang tu,banyak sangat durian.musang king lah apa lah.tapi aku bukan hantu durian.



ni pokok durian kat rumah nenek aku yang kat Sekinchan tu.



natang ni aku jumpa masa teman nenek aku dengan Kasny (my cousin) petik buah kuini depan rumah.ni bukan lintah.ape nama tah benda ni.abaikan je.aku memang jakun.semua benda nak tangkap gambar.saya pencinta gambar.banyak entry aku ada gambar.eh suka hati aku lah.



Ni dekat Kuala Kangsar.masa ni on the way nak pergi Penang.wedding Azam & Miza (Azamiza).wedding belah perempuan.tapi gambar masa kat wedding ade dalam camera.malas aku nak upload.aku memang malas.



ni Maya.(nama sebenar dia nia.tapi pakcik dia kata susah nak sebut 'nia' so dia panggil Maya.pape jelah.ada yang panggil mia.)cousin aku punya anak.family aku dah banyak keturunan.putar belit sikit.time ni kitorang baru balik dari pantai.otw nak naik feri pergi pulau jalan jalan.tapi tak sempat pergi banyak tempat sebab dah malam.kitorang cuma makan tepi pantai dengan pergi Queensbay Mall je.sebab dah pukul 11,kitorang balik sebab perjalanan jauh nak balik homestay.esoknya pulak kitorang pergi Pahang.wedding belah lelaki.


sempat aku pakai inai pengantin.tapi pakai sikit je.over mengalahkan pengantin pulak kalau pakai penuh jari.ni dekat homestay Pahang pulak.time ni pagi lagi dah gerak pergi Raub nak tolong bawak hantaran.muka aku memang famous jadi pembawa hantaran.sebenarnya malam tu orang tengah pakaikan inai pengantin.aku menyebok nak pakai jugak.



ni lake view home stay.sambil tunggu orang semua kemas barang,aku dengan senang hati tanpa rasa bersalah bersiar siar di sekitar lake ni.time sebelum tu kitorang sampai malam.dalam pukul 12.seram gila wooooo.*macam gempak la konon kalau tambah 'woooo' tu* sebab dia macam kiri kanan semak/dusun sebelum jalan masuk.Azam kata ada zombie lah apa lah.





ini kucing ku.motif tiba tiba masukkan gambar kucing perliharaan? haha.nama dia 'ketua kampung' .serious.btw,title entry memang tak boleh bla.

ok bye.Assalamualaikum :)





2 comments: