Friday, 21 December 2012

LEMPENG PISANG

Assalamualaikum :)

selalu tak anda semua rasa lapar walaupun baru lepas makan?ok.jadi kalau kat rumah korang yang ada pisang tu,boleh la buat lempeng pisang.senang je.guna pisang emas.yang kecik comel tu.aku buat entry ni pun sebab haritu aku ada buat.aku buat dua adunan.ok.kenapa mesti lempeng ? Yelah.sebab senang nak buat.kalau ko lapar pastu ko nak buat pavlova bagai memang mati kebulur ko nak tunggu makan.aku suka tanya soalan lepastu jawab sendiri kan.macam apa je.

Bahan bahan yang diperlukan:

1 sisir pisang emas (aku guna 2 sisir sebab aku buat 2 adunan.suka hati korang lah)
1 biji telur
1sudu besar susu segar
setengah cawan tepung
1 sudu besar gula (kalau suka manis boleh letak lebih)
secubit garam

Cara Cara:

* lenyek pisang dengan gula hingga hancur. (tapi aku suka lenyek pisang dulu)




* masukkan telur,gula,garam dan susu kedalam pisang yang telah dilenyek.gaul sampai rata.betul betul rata.


kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit *ayat skema*


dan gaul je sampai rata.ok.sebenarnya nak senang korang kene ada daun pisang.kita letak adunan atas daun pisang sebab nanti nak balikkan senang.tak melekat.korang guna la daun pisang.korang letak adunan ni atas saun pisang,agak dah masak yang bawah tu,korang terbalikkan sampailah masak sepenuhnya.ok.selamat mencuba ;)

Assalamualaikum :)







7 comments: