Thursday 29 November 2012

MAHA 2012


Assalamualaikum  :)

Hari ni aku pergi MAHA 2012 kat Serdang.ade macam ..err...susah banget gue mau ngomong.tahun lepas pun aku pergi jugak.tahun lepas punya tahun lepas pun pergi jugak.betapa asdfghjkl nya ayat aku.tapi tahun ni tak sempat pergi semua tempat,tak sempat tangkap gambar banyak banyak dan....tak berapa best.memanglah tak best sebab aku tak pergi semua tempat.aku nak pergi outdoor.tapi dah nak maghrib.ayah aku masuk satu hall tu lama gila.aku nak pergi rumah traditional,ladang ternakan,kebun sayur dan sewaktu dengannya.tapi tak sempatttttt *baling kerusi*.mula mula aku datang siap pakai heels.bukan apa.seluar aku panjang sangat.mak aku dah cakap suruh pakai flat shoe je.tapi seluar aku panjang so kalau pakai flat shoe nampak macam panjang sangat seluar.eh,perasan tak aku suka ulang ayat sama 2-3 kali.menyampah tak?sekali kan,sampai tempat duduk,aku terus tukar flat shoe.hahahaha.sebab penat naik bukit jalan kaki.tu lah degil sangat.kalau nak naik tram,beratur panjang gila.mula mula ayah aku dah potong barisan.eh salah,bukan potong barisan,memang tak beratur pun.sampai sampai terus pergi depan.gangster kan family aku.wakakakaka.tapi tak jadi naik tram.sebab lembap tahap cipan.boleh tahan panjang aku membebel.

ok.sebelum kau,kau dan kau mula berbicara.memang tudung aku senget.hihihi. *gelak cover ayu*. datang datang,terus tangkap gambar dengan nangka dengan muka teruja lagi membanggakan.aku bawak bag besar tu letak kasut sebenarnya.kalau tak takde maknanya nak bawak bag bagai.semak je.lenggang kangkung lagi bagus.  



no comment.hahaha.

my lovely mom <3


pisang pun nak tangkap gambar.padahal kat tesco berlambak.nampak tak kejakunan aku.

ini juga terdapat di tesco.

ini saya tidak pasti terdapat di tesco atau tidak.tapi rasanya haritu aku pernah beli pokok cactus ni kat tesco dulu.dalam pasu kecik.RM 1.20 je.kalau berminat silalah kesana.

tomato.ni nak bagi tau.gambar buah ni semua bukan aku yang tangkap.cousin aku yang tangkap.dia memang kurang kerja sikit.masa lapang dia banyak,jadi dia buatlah aktiviti mengenali buah buahan ni.




ooooooooooooooooooooo


wow.abang beca kekasih lama.aku tak kira walaupun gambar ni goyang.aku nak jugak gambar ni.


setelah berbatu batu menjalani liku liku kehidupan *ecehh* kami bersama sama berehat di sini.atau erti kata lainnya melepak.bukan kitorang je yang duduk sini.berlambak orang duduk.siap baring pun ada.ayah aku tidak mengenali erti kepenatan.Beliau gigih melanjutkan perjalanannya ke hall yang lain.nampak tak air yang tutup kuning depan aku tu.air tu tak sedap.aku suka air nanas.tapi air tu nanas yang diproses sendiri.bila fikir balik...'0hhh patutlah.kan tema pertanian,so diorang proses sendiri.' patutlah sedap.

oh..aku ada tangkap gambar dengan dua mascot ni.comel.tapi dah terdelete.tapi aku nak cakap jugak aku ada tangkap gambar dengan mascot tu.hiihihi.ala..tapi ini je gambar yang ada.tahun lepas bukan main banyak gambar.oh ya.kitorang ada video.tapi...tidak boleh di upload atas sebab yang munasabah.



my lil bro.Haikal.dia pantang jumpa benda alah ni.setiap kali jumpa mesti nak naik.tak boring ke? dia dengan cousin aku naik.ayah aku suruh aku naik sekali.ohhh.takde maknanya.malu aku.budak yang naik semua kecik kecik.kalau aku nak naik pun tengok tempat lah.kalau tempat ramai orang macam ni malu aku.hihihi.


ok bye.leave a comment.

Assalamualaikum  :)


Tuesday 27 November 2012

JALAN JALAN CARI PASAL


Assalamualaikum... :)

ok.sebelum kau membebel gambar tak elok,aku nak cakap.ni gambar aku tangkap dari album.aku malas nak keluarkan.lagipun gambar ni gambar lama (sebenarnya tak lama sangat pun) and gambar ni semua dah takde dalam camera.dah dipindahkan ke file file yang tidak ku tahu dimana gerangannya.Album aku sangat berguna bila sudah tua.untuk ditunjukkan ke anak cucu.aku cerita panjang lebar ni takde siapa kisah pun.aku syok sendiri.so..ini family saya (tiba tiba guna saya,sejak bila aku bersopan santun entah).

ha...aku suka gambar ni.comel bagi aku.hikhik(gelak gedik mintak penampar).yang depan tu ayah aku.yang belakang tu Joyah (cousin sebenarnya.tapi sukahati aku je nak panggil apa.nama bukan main sedap Erisya Elyana.aku tak kira,aku nak panggil Joyah jugak) tengok.aku suka membebel panjang panjang tanpa motif.harap maklum.First aku tengok gambar tu macam Si Joyah nak tergolek.tapi sebenarnya ayah aku duduk senget sebab baru nak start kayuh.Time ni dekat menara condong.ada banyak basikal tua kat situ.boleh naik free.siap ade disediakan topi sawah padi untuk dipakai jika panas.cool kan?hahaha.sebenarnya aku agak kecewa sebab mula mula menara condong tu tak boleh masuk sebab sedang dalam proses kebenda entah.then pusing pusing menara tu ada basikal tua free boleh naik.tapi mula mula aku tak tau basikal tu free.aku tersipu sipu tengok.lepastu akak tu cakap."dik,try lah naik" lepastu..dah la aku malas nak type.lepastu aku merempit naik basikal tua dengan cousin aku iaitu kakak kepada Joyah.

gambar tak elok.maklumlah aku tangkap dari album.tak paham bahasa ke? sedih la gambar aku takde.selalunya orang yang tangkap gambar memang kesian.yang baju hijau tu kakak Joyah.

yang ni dekat depan menara condong.dah tak dapat masuk,dapat tangkap gambar depan pintu pun jadilah.kang kempunan pulak.balik rumah menangis tumbuk bantal.yang tepi sekali belah kiri tu nenek aku :) nenek aku ni baik orangnya.ha..nampak tak ada gambar aku kat situ.tak sedih dah..hahahatapi tak clear.takpe takpe...time ni ayah aku yang tangkap gambar.asyik aku je tangkap gambar,bila aku nak posing macam tu.

ni gambar atok aku..baik orangnya.atok aku bersama Joyah.haih..Joyah again..muka dia je banyak...tapi Joyah ni comel :) tapi posing dia macam orang tak makan 5 hari jerrrrr.Atok aku ni suka bergurau.saudara mara kitorang semua meriah.kalau balik kampung masa raya tu,hamboiii macam kampung tu kitorang je yang tinggal.bising bukan main.dengan bunyi mercun berlawan dengan jiran sebelah.tapi kampung aku jiran jauh jauh.selang dua petak atau sepetak sawah.

Balik dari menara condong tu,singgah muzium teluk intan.sebab itu satu satunya tempat yang ada untuk dikunjungi dekat area situ.bedal je lah.muzium pun muzium lah.tengok sampai gambar ada aku je.macam tak senonoh.hahaha.sebenarnya Ayah aku memang suka pergi muzium.berjiwa kebangsaan tau.

Tetttttttttttt! ni pahal tiba tiba kat muzium ade tempat bermandi manda?hahaha.ni bukan kat muzium dah.ni dekat kampung mak saya yang tercinta di Gerik,Perak.yang lelaki takde gigi tu adik aku.wakakakaka.tapi sekarang dah tumbuh gigi dia.Alhamdulillah.yang perempuan tu pulak saudara aku.hihihihi.motif gelak?tiada.

ok.dari perak,kita lompat bersama sama(jangan terjatuh) ke Genting Highland.ya.memang dalam gambar tu tiada gambar daku.aku rela menempuh hidup yang penuh pancaroba ini.yang 4 orang tu kawan aku..ni dah lama.masa sekolah rendah.tengok.aku simpan gambar ni sampai sekarang.betapa baiknya aku.hikhik.

comel kan? nama budak ni Alya Umairah.ni cousin aku punya cousin.faham?kalau tak faham buat buat je faham.tak kesian ke kat aku nak type panjang panjang.eh jap.budak belakang tu menyemak wakakakaka.padahal budak belakang tu ada dekat sebelah aku sekarang tengah baca apa yang aku type.mesti dia menyimpan dendam kesumat yang amat errrrr.papejelah.aku tak tau nak buat ayat apa.suka hati je potong ayat tengah jalan.hihihi *gelak comel*


Kita berlari marathon pula ke i-city Shah Alam.masa ni i-city baru awal awal lagi.i mean bukan aku datang awal.tapi baru je bukak.takdelah baru sangat.asdfghjkl betul ayat aku.yang tak faham apa aku type boleh pergi tidur sekarang.



ni gamabar aku.dah lama dah gambar ni.aku kan simpan gambar.akhirnya ada pun gambar aku.teruja sekejap.tapi tak clear.aku saje je tangkap gambar jauh sikit.kang kalau clear nampak ketidak matangan wajah dengan posing seperti model terpaksa.

panjang kan entry aku.yelah,selalunya aku memang malas tahap cipan nak update blog.tapi kalau aku update  panjang pulak.ok dah pukul 3:35 am ni.aku nak lepak dalam bilik dengar lagu letto yang boleh membuaiku sehingga terbawa mimpi.kalau dengar lagu Justin Bieber tak boleh.lagu dia membuatkan aku terjaga nak nyanyi sekali.so,kene dengar lagu slow.tengok..aku boleh membebel dengan sekejap sahaja.ok,bye.jangan lupa comment.jangan mengumpat.berdosa Astaghfirullahalazim..

Assalamualaikum  :)









Monday 26 November 2012

Semua orang boleh berubah.

Assalamualaikum.. :)

Hari hari membosankan.hari ni aku buat popia.yang lainnya,orang buat popia setengah jam je.aku buat popia 2 jam.Padahal popia carrot,sengkuang campur tauge je.Tapi sedap aku buat.tak sangka betul *muntah pelangi*sebab selalu mak yang masak aku telan je.

Ok.aku dah membazir masa dan tenaga menaip benda tanpa motif di rangkap pertama.mari kita ke topik utama sidang hadirin yang comel seperti budak iklan dutch lady yang beli roti dari uncle naik motor.panjang pulak.ok.manusia boleh berubah.situasi dan orang sekeliling mampu merubah seseorang.sejahat dan seteruk serta sedegil mana pun manusia,mereka tetap boleh berubah.macam yang aku selalu tengok dalam cerita cerita melayu seperti cerekarama,slot akasia mahupun telemovie hujung minggu.

Contohnya macam mat rempit kampung yang duduk melepak kat simpang jalan sambil mengorat anak dara orang yg baru balik dari pasar beli ikan.ingat mereka takde impian dan cita cita ke?ingat diorang tak boleh berubah ke.dan sama juga dengan makcik makcik yang suka menyampaikan gossip gossip kampung yang terhangat.yang ni aku menyampah.nate beruk.mereka semua boleh berubah.

Manalah tahu suatu hari nanti makcik yg suka bergossip pasal orang kampung tu terkena batang hidung sendiri.ya.memang selalunya orang yang buat jahat ni akan dapat balasan.dan manalah tahu mat rempit kampung yang siang malam pagi petang merempit,melepak,merempit,melepak, tu pergi ke kolumpo lepastu balik kampung lima tahun kemudian dengan kereta mewah.hahaha.ni babak standard cerita melayu.kalau babak standard cerita indonesia mesti tertukar anak.lepastu bila dah besar jumpa balik.lepastu hilang ingatan bla bla.tamat.

Kesimpulannya,semua orang boleh berubah yang penting ada usaha.aku pun pelik kenapa aku post entry macam ni.ok bye.

Assalamualaikum :)

Saturday 24 November 2012

lifeless

Assalamualaikum.. :)

Memandangkan hari hari duduk rumah je.memang boring sangat.kalau ada contest hidup paling lifeless mesti aku juara tanpa bertanding.

TARAAAAAAAA! kbye.



Assalamualaikum :)