Friday 21 December 2012

LEMPENG PISANG

Assalamualaikum :)

selalu tak anda semua rasa lapar walaupun baru lepas makan?ok.jadi kalau kat rumah korang yang ada pisang tu,boleh la buat lempeng pisang.senang je.guna pisang emas.yang kecik comel tu.aku buat entry ni pun sebab haritu aku ada buat.aku buat dua adunan.ok.kenapa mesti lempeng ? Yelah.sebab senang nak buat.kalau ko lapar pastu ko nak buat pavlova bagai memang mati kebulur ko nak tunggu makan.aku suka tanya soalan lepastu jawab sendiri kan.macam apa je.

Bahan bahan yang diperlukan:

1 sisir pisang emas (aku guna 2 sisir sebab aku buat 2 adunan.suka hati korang lah)
1 biji telur
1sudu besar susu segar
setengah cawan tepung
1 sudu besar gula (kalau suka manis boleh letak lebih)
secubit garam

Cara Cara:

* lenyek pisang dengan gula hingga hancur. (tapi aku suka lenyek pisang dulu)




* masukkan telur,gula,garam dan susu kedalam pisang yang telah dilenyek.gaul sampai rata.betul betul rata.


kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit *ayat skema*


dan gaul je sampai rata.ok.sebenarnya nak senang korang kene ada daun pisang.kita letak adunan atas daun pisang sebab nanti nak balikkan senang.tak melekat.korang guna la daun pisang.korang letak adunan ni atas saun pisang,agak dah masak yang bawah tu,korang terbalikkan sampailah masak sepenuhnya.ok.selamat mencuba ;)

Assalamualaikum :)







Tuesday 18 December 2012

SEKINCHAN,PENANG,PAHANG

Assalamualaikum  :)

aku memang malas nak update blog.malas tahap entah apa apa.so 2 minggu kebelakangan ni aku balik kampung,pergi Penang,pergi Pahang,Perak and Kedah.tu je.sekarang duduk rumah je lah tengok oggy and the cockroaches.sebab selalunya bangun tidur on tv,memang cerita tu yang keluar.lepastu kadang kadang tengok ulangan awan dania.yelah dulu masa kecik kecik teringin nak jadi stewardess.kengkonon kira dah best gila ah dapat pakai skirt merah pastu berkeliaran kat airport.maklumlah budak kecik.sekarang aku nak jadi business women yang berjaya! ok.cukup sampai di sini saja ke-merepek-an kita.

ok,ni masa dekat kampung.Sekinchan,Selangor.


shhhhhh.tak payah cakap.aku tau aku memang berbakat jadi photographer.hohoho.ini suasana pagi.sawah padi ni sebelah rumah nenek aku je.

eh,sekarang memang musim durian dengan rambutan.durian memang banyak gila wa cakap sama lu.tak termakan.masa kat rumah pengantin kat pahang tu,banyak sangat durian.musang king lah apa lah.tapi aku bukan hantu durian.



ni pokok durian kat rumah nenek aku yang kat Sekinchan tu.



natang ni aku jumpa masa teman nenek aku dengan Kasny (my cousin) petik buah kuini depan rumah.ni bukan lintah.ape nama tah benda ni.abaikan je.aku memang jakun.semua benda nak tangkap gambar.saya pencinta gambar.banyak entry aku ada gambar.eh suka hati aku lah.



Ni dekat Kuala Kangsar.masa ni on the way nak pergi Penang.wedding Azam & Miza (Azamiza).wedding belah perempuan.tapi gambar masa kat wedding ade dalam camera.malas aku nak upload.aku memang malas.



ni Maya.(nama sebenar dia nia.tapi pakcik dia kata susah nak sebut 'nia' so dia panggil Maya.pape jelah.ada yang panggil mia.)cousin aku punya anak.family aku dah banyak keturunan.putar belit sikit.time ni kitorang baru balik dari pantai.otw nak naik feri pergi pulau jalan jalan.tapi tak sempat pergi banyak tempat sebab dah malam.kitorang cuma makan tepi pantai dengan pergi Queensbay Mall je.sebab dah pukul 11,kitorang balik sebab perjalanan jauh nak balik homestay.esoknya pulak kitorang pergi Pahang.wedding belah lelaki.


sempat aku pakai inai pengantin.tapi pakai sikit je.over mengalahkan pengantin pulak kalau pakai penuh jari.ni dekat homestay Pahang pulak.time ni pagi lagi dah gerak pergi Raub nak tolong bawak hantaran.muka aku memang famous jadi pembawa hantaran.sebenarnya malam tu orang tengah pakaikan inai pengantin.aku menyebok nak pakai jugak.



ni lake view home stay.sambil tunggu orang semua kemas barang,aku dengan senang hati tanpa rasa bersalah bersiar siar di sekitar lake ni.time sebelum tu kitorang sampai malam.dalam pukul 12.seram gila wooooo.*macam gempak la konon kalau tambah 'woooo' tu* sebab dia macam kiri kanan semak/dusun sebelum jalan masuk.Azam kata ada zombie lah apa lah.





ini kucing ku.motif tiba tiba masukkan gambar kucing perliharaan? haha.nama dia 'ketua kampung' .serious.btw,title entry memang tak boleh bla.

ok bye.Assalamualaikum :)





Thursday 6 December 2012

RAMALAN BUMI GELAP TANPA MATAHARI SELAMA 3 HARI.(RAMALAN)

Assalamualaikum  :)## Bumi Akan gelap Pada 23, 24 dan 25 Desember 2012 ##Pihak NASA meramalkan akan berlaku fenomena, bumi akan gelap selama 3 hari yaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Desember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah Perkiraan manusia saja.


Para Saintis NASA meramalkan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Desember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah "Penyejajaran Alam Semesta", di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.


Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.


Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubungan antara satu sama lain, Lebih banyak mencintai dan memaafkan, berdoa, dan terus berdoa. Beristirahatlah di rumah selama 3 hari itu.Banyak pembahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. 

Mari kita tunggu dan lihat nanti pada 23, 24 dan 25 Desember 2012 itu, ini hanyalah atau ramalan manusia saja, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, NASA sebenarnya telah meramalkan bahwa hal ini akan terjadi pada 8 September 2012 dan itu sudah berlalu kan, sekurang-kurang kita sudah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti. Sesungguhnya sebaik-baik Penolong adalah Allah dan kepadanya-Nya lah tempat bergantung segala sesuatu. Jadi tak usah terlalu was-was. (sen)

sumber bacaan :http://www.facebook.com/SudahTahukahAnda.New dan http://www.facebook.com/yazzie203