Tuesday 27 November 2012

JALAN JALAN CARI PASAL


Assalamualaikum... :)

ok.sebelum kau membebel gambar tak elok,aku nak cakap.ni gambar aku tangkap dari album.aku malas nak keluarkan.lagipun gambar ni gambar lama (sebenarnya tak lama sangat pun) and gambar ni semua dah takde dalam camera.dah dipindahkan ke file file yang tidak ku tahu dimana gerangannya.Album aku sangat berguna bila sudah tua.untuk ditunjukkan ke anak cucu.aku cerita panjang lebar ni takde siapa kisah pun.aku syok sendiri.so..ini family saya (tiba tiba guna saya,sejak bila aku bersopan santun entah).

ha...aku suka gambar ni.comel bagi aku.hikhik(gelak gedik mintak penampar).yang depan tu ayah aku.yang belakang tu Joyah (cousin sebenarnya.tapi sukahati aku je nak panggil apa.nama bukan main sedap Erisya Elyana.aku tak kira,aku nak panggil Joyah jugak) tengok.aku suka membebel panjang panjang tanpa motif.harap maklum.First aku tengok gambar tu macam Si Joyah nak tergolek.tapi sebenarnya ayah aku duduk senget sebab baru nak start kayuh.Time ni dekat menara condong.ada banyak basikal tua kat situ.boleh naik free.siap ade disediakan topi sawah padi untuk dipakai jika panas.cool kan?hahaha.sebenarnya aku agak kecewa sebab mula mula menara condong tu tak boleh masuk sebab sedang dalam proses kebenda entah.then pusing pusing menara tu ada basikal tua free boleh naik.tapi mula mula aku tak tau basikal tu free.aku tersipu sipu tengok.lepastu akak tu cakap."dik,try lah naik" lepastu..dah la aku malas nak type.lepastu aku merempit naik basikal tua dengan cousin aku iaitu kakak kepada Joyah.

gambar tak elok.maklumlah aku tangkap dari album.tak paham bahasa ke? sedih la gambar aku takde.selalunya orang yang tangkap gambar memang kesian.yang baju hijau tu kakak Joyah.

yang ni dekat depan menara condong.dah tak dapat masuk,dapat tangkap gambar depan pintu pun jadilah.kang kempunan pulak.balik rumah menangis tumbuk bantal.yang tepi sekali belah kiri tu nenek aku :) nenek aku ni baik orangnya.ha..nampak tak ada gambar aku kat situ.tak sedih dah..hahahatapi tak clear.takpe takpe...time ni ayah aku yang tangkap gambar.asyik aku je tangkap gambar,bila aku nak posing macam tu.

ni gambar atok aku..baik orangnya.atok aku bersama Joyah.haih..Joyah again..muka dia je banyak...tapi Joyah ni comel :) tapi posing dia macam orang tak makan 5 hari jerrrrr.Atok aku ni suka bergurau.saudara mara kitorang semua meriah.kalau balik kampung masa raya tu,hamboiii macam kampung tu kitorang je yang tinggal.bising bukan main.dengan bunyi mercun berlawan dengan jiran sebelah.tapi kampung aku jiran jauh jauh.selang dua petak atau sepetak sawah.

Balik dari menara condong tu,singgah muzium teluk intan.sebab itu satu satunya tempat yang ada untuk dikunjungi dekat area situ.bedal je lah.muzium pun muzium lah.tengok sampai gambar ada aku je.macam tak senonoh.hahaha.sebenarnya Ayah aku memang suka pergi muzium.berjiwa kebangsaan tau.

Tetttttttttttt! ni pahal tiba tiba kat muzium ade tempat bermandi manda?hahaha.ni bukan kat muzium dah.ni dekat kampung mak saya yang tercinta di Gerik,Perak.yang lelaki takde gigi tu adik aku.wakakakaka.tapi sekarang dah tumbuh gigi dia.Alhamdulillah.yang perempuan tu pulak saudara aku.hihihihi.motif gelak?tiada.

ok.dari perak,kita lompat bersama sama(jangan terjatuh) ke Genting Highland.ya.memang dalam gambar tu tiada gambar daku.aku rela menempuh hidup yang penuh pancaroba ini.yang 4 orang tu kawan aku..ni dah lama.masa sekolah rendah.tengok.aku simpan gambar ni sampai sekarang.betapa baiknya aku.hikhik.

comel kan? nama budak ni Alya Umairah.ni cousin aku punya cousin.faham?kalau tak faham buat buat je faham.tak kesian ke kat aku nak type panjang panjang.eh jap.budak belakang tu menyemak wakakakaka.padahal budak belakang tu ada dekat sebelah aku sekarang tengah baca apa yang aku type.mesti dia menyimpan dendam kesumat yang amat errrrr.papejelah.aku tak tau nak buat ayat apa.suka hati je potong ayat tengah jalan.hihihi *gelak comel*


Kita berlari marathon pula ke i-city Shah Alam.masa ni i-city baru awal awal lagi.i mean bukan aku datang awal.tapi baru je bukak.takdelah baru sangat.asdfghjkl betul ayat aku.yang tak faham apa aku type boleh pergi tidur sekarang.



ni gamabar aku.dah lama dah gambar ni.aku kan simpan gambar.akhirnya ada pun gambar aku.teruja sekejap.tapi tak clear.aku saje je tangkap gambar jauh sikit.kang kalau clear nampak ketidak matangan wajah dengan posing seperti model terpaksa.

panjang kan entry aku.yelah,selalunya aku memang malas tahap cipan nak update blog.tapi kalau aku update  panjang pulak.ok dah pukul 3:35 am ni.aku nak lepak dalam bilik dengar lagu letto yang boleh membuaiku sehingga terbawa mimpi.kalau dengar lagu Justin Bieber tak boleh.lagu dia membuatkan aku terjaga nak nyanyi sekali.so,kene dengar lagu slow.tengok..aku boleh membebel dengan sekejap sahaja.ok,bye.jangan lupa comment.jangan mengumpat.berdosa Astaghfirullahalazim..

Assalamualaikum  :)









2 comments: